1.1 Latar Belakang Kg. Pertanian
Secara umumnya Kg. Pertanian adalah sebuah kampung tradisional yang diduduki hampir keseluruhannya adalah orang melayu. Kampung ini adalah antara kampung yang terawal wujud di daerah Kulaijaya.. Kedudukan kampung yang strategi telah menyebabkan pertambahan bilangan penduduk di dalam kampung ini dari tahun ke tahun. Kemuafakatan dan kemasyarakan yang wujud pada penduduk kampung ini telah mewujudkan sebuah perkampungan yang harmoni dan sejahtera.
1.2 Sejarah Kg. Pertanian
Kampung Pertanian adalah kampung tradisional yang telah dibuka pada tahun 1972. Kebanyakkan peneroka asal oleh pekerja Ladang Swee Lam, yang bakal bersara. Orang yang bertanggunjawab ialah Tn. Hj. Miswan,En. Kassim dan juga En. Rahim Bin Abu. Pada peringkat awal dijadikan kawasan pertanian,tetapi oleh kerana keadaan kampung yang terlalu rendah dan bertanah paya maka ianya selalu dilanda banjir. Bila penduduk telah bertambah tren penduduk telah berubah daripada kampung pertanian kepada kampung dalam Bandar.
Dengan kedudukan kampong yang hampir dengan Bandar Kulai iaitu lebih kurang 2km sahaja. Menjadikan penempatan kampung ini menjadi tumpuan dan berkembang maju dengan cepat. Ini kerana muafakat penduduk pada masa itu yang mana telah menubuhkan UMNO Caw. Yang diketuai oleh En. Mohamad Hassan Bin Abdullah. Kemudian diambik alih oleh Hj. Mohamad bin Sarino seorang ahli perniagaan / korporat dan selaku AJK UMNO Bhg. Pada masa itu menjadikan Kampung Pertanian bertukar wajah. Dan Menjadikan kampung maju dan disegani oleh kampung yang lain.
Dengan kerjasama baik KEMAS dan selain kemudahan yang sedia ada menjadikan Kampung Pertanian telah diiktiraf sebagai kampung terbaik dalam Daerah Kulai.
Kampung Pertanian telah dirasmikan oleh YB Dato Kadir Bin Anuar selaku EXCO Agama Negeri Johor pada Tahun 1997.Berdasarkan maklumat diatas, KEMAS KULAI telah memberikan taraf Gred A kepada Kampung Pertanian berbanding kampong lain. Ini kerana percaya bahawa kampung ini akan menjadi sebuah kampung yang maju,menarik dan menguntungkan. Sekarang kampung ini diterajui oleh Hj. Maskam Bin Kodri.
1.3 Lokasi Dan Peta Kg. Pertanian
g. Pertanian terletak di dalam Mukim Senai, Daerah Kulaijaya, Johor iaitu terletak 2 Kilometer daripada Bandar Kulai. Kampung ini mempunyai sebatang sungai yang cantik iaitu Sungai Skudai dan secara tidak langsung memberi keindahan semulajadi kepada kampung ini. Kampung ini juga dikelilingi oleh taman-taman perumahan yang berhampiran antaranya taman perumahan Bandar Putra, Taman Meranti dan Taman Teok. Kampung ini dihubungkan melalui 2 jalan masuk utama iaitu melalui taman perumahan di Bandar Putra dan melalui Lebuh Putra Utama.
No comments:
Post a Comment