KEROHANIAN, KEAGAMAAN DAN KEMASYARAKATAN

a. Aspek ini menekankan kepada kegiatan dan amalan keagamaan/kerohanian dan
sivik yang terdapat di kalangan masyarakat kampung. Tumpuan diberikan
kepada kekerapan dan kesan aktiviti kepada penduduk meliputi kursus-kursus /
kelas bimbingan agama, kursus keibubapaan/keluarga bahagia, ceramahceramah
mengenai ketatanegaraan, penyalahgunaan najis dadah, penyakit
AIDS, bina diri (Kendiri), kempen-kempen kesedaran dan sebagainya.

b. Kegiatan melalui aktiviti ini serta kurangnya kadar gejala sosial negatif,
vandalisme dan tahap disiplin masyarakat dapat mengukur sejauh mana usahausaha
yang dibuat ke arah membentuk satu masyarakat kampung yang
berdisiplin, prihatin, berdaya tahan, beretika, berhemah dan bermoral tinggi.

No comments:

Post a Comment