KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN

a. Aspek ini menilai sejauh mana ciri-ciri kebersihan dan kesihatan dapat diterap
dan diamalkan oleh masyarakat kampung. Ini termasuklah sistem pembuangan
sampah, bekalan air bersih, pelupusan najis dan air limbah, sisa-sisa pepejal,
kebersihan persekitaran termasuk di tempat-tempat awam, penjagaan kawasan
dan halaman rumah serta penggunaan ruang-ruang dalam rumah.
b. Aspek ini memberi gambaran mengenai kesedaran dan amalan penduduk dalam
mengutamakan kebersihan dan kesihatan keluarga yang boleh melahirkan masyarakat yang sihat, berdisiplin dan mempunyai kualiti hidup yang lebih sempurna dan boleh menarik minat pelancong.

No comments:

Post a Comment