BIDANG EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN

i. Pertanian dan Penternakan
a. Aspek ini menilai usaha-usaha serta kemajuan sektor pertanian (termasuk
ternakan haiwan/air) dan sumbangannya terhadap perkembangan ekonomi
penduduk kampung tersebut. Ciri-ciri yang dinilai meliputi usaha-usaha
pertanian secara berkelompok, pemulihan tanah terbiar, sistem pemeliharaan
ternakan, penyenggaraan kebersihan kandang/kolam, pengembangan serta
kadar penerimaan dan penggunaan teknologi.
b. Penekanan juga diberi kepada usaha-usaha pertanian (termasuk ternakan
haiwan/air) secara komersial, kaedah-kaedah pengurusan, serta
mempertingkatkan hasil dan pemasaran.

ii. Perniagaan, Perindustrian dan Pelancongan
a. Aspek ini menilai kepada sejauh mana penglibatan penduduk dalam projekprojek
ekonomi selain dari sektor pertanian meliputi perniagaan, industri desa,
sektor perkhidmatan, pelancongan, pelaburan/kewangan dan seumpamanya.
b. Ini termasuklah usaha-usaha mempelbagaikan asas ekonomi yang boleh
mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk seperti industri
pemprosesan dan pembuatan, sektor perkhidmatan, industri pelancongan dan
perniagaan.
c. Penilaian juga dibuat kepada keupayaan menghasilkan projek-projek yang
boleh dijadikan model kepada kampung-kampung lain, keupayaan menerima
dan menggunakan kemahiran/kepakaran serta teknologi baru dan usahausaha
yang boleh menyumbang ke arah perwujudan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB).

iii. Sumber Kekayaan Baru Desa
a. Aspek ini menilai kemampuan penduduk setempat (individu) menggunakan
kebolehan, kepandaian, kemahiran, kreativiti dan inovasi untuk :
- mencipta suatu produk unik/baru yang tiada dalam pasaran serta memiliki
potensi komersil yang tinggi;
- mencipta suatu kaedah/teknik teknologi/peralatan atau penyelidikan/
warisan petua yang dapat meningkatkan produktiviti, kualiti atau daya
saing sesuatu produk; dan
- memanfaatkan hasil penyelidikan saintifik atau kajian tempatan untuk
memberi nilai kompetitif terhadap produk sedia ada.
b. Skop item ialah kraf tangan, makanan, fabrik, kecantikan, herba baru dan
sebagainya. Aspek ini menilai daya penduduk secara individu menerbitkan
idea, penggunaan bahan-bahan yang mudah digunakan, cara-cara
pembuatan yang tidak kompleks, teknologi murah yang digunakan,
penggunaan petua, memanfaatkan hasil penyelidikan tempatan, kepelbagaian
jenis ciptaan, perbandingan kuantiti dihasilkan (sebelum/selepas),
perbandingan masa pembuatan satu (1) unit (sebelum/selepas),
perbandingan kos pembuatan satu (1) unit (sebelum/selepas), harga jualan
satu (1) unit, pendapatan purata (bulanan) dan sambutan/testimoni
pelanggan.

No comments:

Post a Comment