PERTANDINGAN SEMARAK KEMERDEKAAN PERINGKAT KG.PERTANIAN / SEPARA TAHUN 2015
Pertandingan ini dilaksanakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara dan dilaksanakan di bawah Program Bulan Kemerdekaan Peringkat Kg. Pertanian / Separa Tahun 2015.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk memberi pengiktirafan serta penghormatan kepada rakyat Malaysia khususnya penduduk Kg. Pertanian/Separa yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan negara.
Pertandingan ini memberi fokus utama kepada suasana keceriaan sambutan kemerdekaan serta kreativiti pengibaran jalur gemilang di kampung/bangunan/premis masing-masing.
OBJEKTIF
- Memupuk semangat patriotisme dan cinta kepada negara.
- Meningkat kesedaran dan penghayatan kemerdekaan negara.
- Mendorong dan mencetus kreativiti rakyat dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara.
KRITERIA PENILAIAN
Penilaian akan dibuat dalam tiga aspek utama seperti berikut:
- Aspek Kreativiti
Seperti keunikan kepelbagaian reka bentuk menggunakan bendera (termasuk bendera negeri), pembentukan mercu tanda seperti gerbang, arca dan sebagainya, kekemasan susun atur bendera atau menonjolkan suasana keceriaan dan kemeriahan sambutan kemerdekaan.
- Aspek Daya Tarikan
Menonjolkan kelainan seperti membuat bendera menggunakan flora, penggunaan bahan-bahan yang menjimatkan atau bahan-bahan terpakai dan menyerlahkan sambutan kemerdekaan dengan mempamerkan bendera terbesar, terpanjang, terbanyak dan sebagainya.
- Aspek Nilai Tambah
Menterjemahkan tema Hari Kebangsaan dengan menyediakan pantun, slogan atau kata-kata patriotik dalam bentuk streamer, paparan, kain rentang dan sebagainya atau reka bentuk yang mencerminkan tema Hari Kebangsaan. Bagi kategori individu penilaian akan dilakukan di rumah individu tersebut. Hiasan bendera di kereta, beca, motosikal, perahu dan sebagainya dianggap sebagai nilai tambah untuk kategori individu.
HADIAH
JOHAN - RM 300.00
NAIB JOHAN - RM 200.00
KE- 3 - RM 100.00
KE- 4 - RM 50.00
KE- 5 - RM 50.00
No comments:
Post a Comment