KEMUDAHAN ASAS DAN KEMUDAHAN AWAM

a. Aspek ini menilai keceriaan dan keindahan kampung serta kreativiti dan inovasi
penduduk.
b. Aspek ini menilai sejauh mana ciri-ciri keindahan dan keceriaan dapat diterap dan
diamalkan oleh masyarakat kampung. Ini meliputi susun atur pokok-pokok
hiasan, keindahan halaman serta persekitaran kampung keseluruhannya.
c. Aspek ini memberi gambaran mengenai kesedaran penduduk untuk
mengutamakan cara hidup yang indah dan ceria, pengindahan dan penjagaan
alam sekitar dan peningkatan kualiti hidup.
d. Aspek ini juga melihat daya inisiatif dalam meningkatkan imej kampung melalui
aktiviti seperti pembinaan pintu gerbang, mercu tanda/arca, tanda-tanda
arah/lorong/jalan, persimpangan, taman mini/rekreasi, pengolahan dan
penggunaan semula bahan-bahan buangan dan seumpamanya.
e. Aspek ini juga menilai tahap penglibatan dan penyertaan masyarakat kampung
dalam amalan gotong-royong/kerja amal, aktiviti sukan dan rekreasi, kebudayaan
dan kesenian pada peringkat kanak-kanak, belia, golongan dewasa dan kaum ibu
serta tahap pencapaian dalam aktiviti-aktiviti tersebut sama ada di Peringkat
Daerah, Negeri atau Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment