a. Aspek ini dinilai dari segi keupayaan ahli masyarakat khususnya dalam
penguasaan dan menggunakan teknologi maklumat di dalam pentadbiran
pengurusan dan aktiviti kehidupan masing-masing. Ini termasuklah, kebolehan
organisasi dan kepimpinan masyarakat dalam mendapatkan maklumat-maklumat
terkini yang berfaedah kepada penduduk kampung melalui ‘Internet’ dan pelbagai
media teknologi maklumat.
b. Selain itu, bilangan penduduk kampung yang memiliki dan berkebolehan
menggunakan komputer, mereka cipta laman-web, perwujudan pusat/kelas
komputer dan sebagainya adalah merupakan komponen utama yang
dipertimbangkan dalam aspek ini.
No comments:
Post a Comment