a. Aspek ini dinilai dari segi tahap pendidikan non-formal dan formal penduduk dari
peringkat pra-sekolah, sekolah rendah/menengah dan pengajian tinggi. Tumpuan
diberi kepada usaha-usaha mempertingkatkan pencapaian pendidikan melalui
kelas-kelas bimbingan, perpustakaan desa, pusat sumber, kelas komputer dan
lain-lain di peringkat kampung.
b. Aspek ini juga mengambil kira bilangan penduduk yang mendapat latihan
kemahiran melalui Agensi Kerajaan/Swasta, minat dan penglibatan penduduk
dalam bidang-bidang teknikal dan berteknologi dengan mewujudkan pusat-pusat
perkhidmatan sama ada secara individu atau berkumpulan.
c. Aspek ini dapat mengukur sejauh mana sumbangan penduduk yang menerima
pendidikan dan latihan kemahiran memanfaatkan ilmu dan kemahiran mereka
untuk faedah seluruh kampung.
No comments:
Post a Comment